Tuesday, November 17, 2009

Hari-hari terakhir persekolahan 2009

Sekarang ni dah nak berlalu musim persekolahan berganti pula dengan musim cuti sekolah.aku masih lagi ke sekolah untuk menyiapkan sisa-sisa kerja yang belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat lagipon mana boleh ponteng!! walaupun murid dah mula bercuti tapi cikgu wajib hadir ke sekolah.Hari ni hanya ada berapa kerat aja murid yang datang ke sekolah, tambahan pulak musim hujan ni ibu bapa pon tak ada motivasi nak hantar anak ke sekolah. Katanya, nak buat apa datang kalau tak belajar.
Memang diakui bila dah habis periksa dan semua murid dah hantar buku teks, sesi p&p pun tak dijalankan murid datang ke sekolah hanya untuk bertemu rakan-rakan dan bermain,sambil guru sibuk nak menyiapkan kerja hal ehwal murid yang belum selesai.

Bila murid dah periksa, semua markah akan dianalisa. Tahun ni keputusan merosot banyak.seperti biasa guru akan dipersalahkan. Tambahan pulak matapelajaran mate dan sains merudum teruk.aku tak tau nak cakap apa,keputusan sains kelas darjah tiga paling teruk.sekarang ni aku masih mencari alasan apa yang perlu untuk aku goreng di hadapan guru besar nanti.

Ada ibu bapa yang tak puashati kenapa anak dia tak dapat A sains,sedangkan matapelajaran lain semua dapat A.Aku jawab soalan susah. Soalan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris sepatutnya dwi bahasa. Tapi dia kata yang herannya bahasa inggeris boleh dapat A kenapa sains tak boleh dapat A? aku jawab kalau murid dapat jawab soalan bahasa inggeris tak semestinya dia boleh jawab soalan sains cthnya kalau sains diajar dalam bahasa melayu pon kalau dia dapat A dalam bahasa melayu tak semestinya dia akan dapat A juga dalam sains.

Sains dan matematik adalah matapelajaran yang menguji logic akal. Disamping pelajar perlu mengingati fakta mereka juga perlu mahir dalam istilah dan kaedah penyelesaian masalah (problem solving).kebanyakan murid sekolah rendah tidak dapat menguasai cara berfikir secara logic, mereka hanya tahu menghafal.sememangnya sukar untuk mengajar murid menjadi kreatif dan mampu berfikir sendiri. Contohnya konsep darab,pelajar hanya menghafal sifir, ramai murid yang tidak mengetahui 2x 2 adalah 2 tambah dua, dan 3 x 2 adalah 3 tambah 3, pemahaman logic sebeginilah yang murid perlu faham sefaham fahamnya. Tetapi malangnya mereka hanya menghafal…

Seruling Anak Gembala

PERSEMBAHAN SEMPENA RIMUP SATU MALAYSIA 2009. nyanyian oleh Yusmainor, gitar utama oleh cikgu Hishamuddin, gitar kedua oleh cikgu Fitri, Bass oleh cikgu Bawani dan drum oleh Pak Mail.